Ubat anti-malaria G6PD

Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.

Primaquine, salah satu dadah anti-malarial pertama yang dipersalahkan sebagai mencetus tindak balas anemik (Carson et al., 1956). Kesemua dadah anti-malaria adalah ditanda berlawanan bagi seseorang dengan kekurangan G6PD; bagaimanapun, dalam kes malaria akut tidak rumit, kebanyakan dadah anti-malaria boleh diberikan dengan selamat (Baird, personal correspondence). Agak menarik bagi mengetahui bahawa kekurangan G6PD terbukti kadang-kala memberikan ketahanan pada parasit penyebab malaria, Plasmodium falciparum (Scriver et al., 1995). Ketahanan ini disebabkan parasit menjangkiti khusus sel darah merah. Bagi sel darah merah orang yang kekurangan G6PD , metabolit penting bagi kemandiran parasit wujud dalam jumlah yang tidak mencukupi. Ini disebabkan pengurangan aktiviti G6PD dalam sel tersebut yang akhirnya mendorong kepada kematian parasit (Farid, wawancara peribadi).

Tambahan kepada anemia hemolytik disebabkan dadah, terdapat juga anemia hemolytit yang dicetuskan oleh kacang parang--digelar favism. Kacang parang Fava beans merupakan hasilan makanan yang pertama, dan yang tunggal, disabitkan dengan mencetuskan tindak balas anemic dikalangan mereka yang kekurangan G6PD (Scriver et al., 1995). Menghidu debunga pokok kacamg parang juga mampu mencetuskan hemolysis pada individual tersebut. Disebabkan sesetengah pengidap kekurangan G6PD mengalami alahan kepada kacang parang, kekurangan ini dengan itu dirujuk sebagai favism. Favism telah diketahui wujud sejak zaman silam lagi; ahli falsafah Yunani dan pakar ilmu hisab Pythagoras dikatakan memberi amaran kepada pelajarnya mengenai bahaya memakan kacang parang (Scriver et al., 1995). Sebatian vicine dan isouramil, banyak terdapat dalam kacang parang, dijangka sebagai agen pencetus tindak balas hemolytik (Beutler, 1994).

Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.

Sejak dari dahulu lagi para askar yang akan memasuki hutan pada tempoh yang lebih dari sebulan akan diperlukan untuk membuat suntikan anti malaria terlebih dahulu sebelum mereka masuk ke hutan, namun ujian G6PD tetap perlu dijalankan sebelum suntikan pertama ubat anti malaria diberi kepada mereka.

Anemia hemolytik merupakan satu lagi keadaan yang mungkin menyebabkan masalah bagi mereka yang kekurangan G6PD. Tindak balas anemik boleh dicetus pada individual yang terjejas oleh dadah pengoksidaan tertentu, kacang parang, atau jangkitan (Beutler, 1994). Kematian berlaku sekiranya serangan hemolytik tidak dirawat dengan berkesan. Agar menghalang tindakbalas teruk atau malah kematian, individual kekurangan G6PD dilarang mengambil dadah tertentu; daftar dadah biasanya dilaporkan dalam penulisan sebagai mencetus hemolysis bagi individual kekurangan G6PD. Tema biasa dikalangan dadah ini adalah mereka merupakan agen pengoksidaan. pada individual kekurangan G6PD, tekanan pengoksidaan mungkin menyebabkan denaturation, atau terurainya molekul hemoglobin, molekul pengangkut oksigen utama dalam sel darah merah. Ini mengakibatkan kehilangan fungsi biologi berkait dengan hemoglobin dan mendorong kepada sel darah merah tidak mampu mengangkut oksijen keseluruh badan (Yoshida & Beutler, 1986). Bagi sebab-sebab yang tidak diketahui, sesetengan pengidap kekurangan G6PD tidak menunjukkan anemia hemolytik apabila terdedah dengan dadah tertentu; bagaimanapun doktor perlu durujuk sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.

Di luar kawasan di mana favism banyak berlaku, jangkitan kemungkinannya punca paling biasa hemolysis pada subjek dengan kekurangan G6PD. Metabolit oksidative yang dihasilkan oleh banyak bakteria, virus, dan jangkitan rickettsial telah dikenal pasti sebagai punca tindak balas anemik. Terutamanya, jangkitan penting yang boleh mencetus serangan hemolytik adalah virus hepatitis, pari-paru berair ("pneumonia"), dan demam kepialu (Cecil, 1992).